Wednesday, 19 November 2014

Tuesday, 11 November 2014

Saturday, 5 January 2013

Mari Kita Semak Solat Fardu kita


Mari kita semak solat fardu kita ( utk peringatan sesama ). Yang mana satu
 ( atau lebih ) agaknya kategori kita berada Selamat Menyemak...
 
 1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja ,kalau tidak tinggal.
 2. Solat cukup lima waktu ,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah(solat
 ketika matahri terbit )
 3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
 4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat,contohnya solat zohor bila
 dah hampir sampai waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak
 5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja ,hari minggu atau cuti
 umum,solat subuh tu diqadha ( tak bangun le tu..)
 6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat
 sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
 7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa
 cukup pulak dikerjakan.
 8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah , amat jarang atau pun
 tidak pernah solat di masjid / surau ( bagi lelaki )
 9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga khusyuknya
 sedar-sedar dah bagi salam..
 10. Sentiasa berusaha solat di masjid / surau secara berjemaah termasuklah
 solat subuh.
 11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat
 fardhu.
 12. Solat lima waktu tetapi bila deman atau sakit sikit sahaja , solat
 ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
 13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja ( contoh bila balik kampung
 ) , solat ditinggalkan , qadha kemudian bila sampai rumah.
 14. Solat sekali seminggu , solat Jumaat sahaja. <--- ade yang tersinggung
 tak.....nie selalunya utk sang hero lah.....dia pergi pun pasal member yg
 lain pergi
 15. Solat bila ada masalah
 16. Solat bila orang di sekeliling solat , kalau tidak buat tak tahu aje.
 17. Solat sebulan sekali.
 18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
 19. Solat seumur hidup sekali , itupun disolat oleh orang bila dah
 meninggal.
 20. Tak pernah solat langsung...sedar-sedar dah meninggal ! ! !
 
 
 
 Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi
 dalam Islam. Di akhirat kelak pekara yang pertama sekali ditanya oleh
 Allah adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan
 yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa ,sedekah, zakat, haji dan
 lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita.

 Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan
 seksaan kubur yang di kenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.
 Solat fardhu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan selagi masih

 <---- ramai yg dah tau bab nie.....tapi masih ungkal lagik waras. Ianya
 tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana
 ianya termasuk dalam dosa-dosa besar.

Hatta dalam keadaan sakit teruk  sekali pun jika hanya mata yang boleh  bergerak
maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan
 menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan
 sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat dimasjid/surau ( bagi
 lelaki ) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya , bacaannya serta
 rukunnya mengambil wudhu' secara sempurna.
 Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita
 
 Wassalam...

Rahsia Solat Lima Waktu


Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. "

Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
 Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,

'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. '

Rasullullah saw bersabda,   
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
 Sabda Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan
kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq. "

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw,

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu
Muhammad.

Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para
nabi.
'Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa
mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan
memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi,

 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'
Peringatan !!!

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,
jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari
kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)




Tuesday, 1 January 2013

12 Azab bagi mereka yang meninggalkan Solat


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : 


"Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

1.Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1.Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3.Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

1.Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1. Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Wednesday, 5 December 2012

Sudah Bersediakah - Bersolat lah


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

" Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...